comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter terhempas: Identiti 10 mangsa sedang dikenal pasti – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan belum menerima makluman berhubung kemungkinan terdapat pegawai dan anggota lain yang tercedera akibat serpihan helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas, pagi tadi.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengesahkan satu helikopter dikenal pasti terhempas di dalam kolam renang berhampiran, manakala satu unit lagi di padang stadium pangkalan TLDM Lumut, Perak.

“Setakat ini, kita menerima makluman keseluruhan 10 kru kedua-dua helikopter yang bertembung ketika raptai sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 maut dengan jenazah mereka dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

“Kesemua mangsa berlainan pangkat, membabitkan ketua skuadron, pegawai dan lain-lain pangkat berusia 40 tahun ke bawah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini