Oleh: Ain Shafiqah Zaki
BENTONG: Hilang kawalan kerana skid bergesel dengan tempat mendarat dipercayai menjadi punca kemalangan helikopter jenis Bell 206L-4 Long Ranger terhempas dan terbakar ketika melakukan pendaratan cemas di Bentong, Pahang, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil soal siasat daripada dua orang saksi, mereka melihat skid helikopter bergesel dan terkena tempat pendaratan.
“Helikopter berkenaan mendarat bagi tujuan mengisi minyak dan ketika di ketinggian 3 kaki, skid bergesel dengan muka bumi lalu terbalik,” katanya yang ditemui ketika sidang media di lokasi nahas.
Helikopter itu terbakar ketika mendarat berhampiran Kolam Air Panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, dekat sini, hari ini.
Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [TERKINI] Seorang maut, helikopter terhempas di Bentong
- TNB sahkan helikopter terhempas ketika mendarat berdekatan tapak projek
- CAAM sahkan helikopter terhempas dikendalikan MHS Aviation Berhad
- Nahas helikopter: Juruterbang diselamatkan oleh pengawal keselamatan – Polis
- Nahas helikopter: Identiti mangsa maut terkena libasan bilah helikopter dikenal pasti