Tumpuan :
Nasional

Nahas Elmina: Waris mangsa diminta pulang

Foto: NSTP

KLANG: Semua ahli keluarga dan waris kepada 10 mangsa nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang menunggu di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, diminta pulang ke tempat penginapan masing-masing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini berikutan proses bedah siasat dijangka tidak akan selesai pada hari ini.

Artikel berkaitan: Sedih tengok rakaman tular penghantar rentung terbakar; rupa-rupanya ahli keluarga sendiri

“Tidak perlu waris menunggu di sini kerana setiap ujian DNA ini memakan masa dan prosesnya mengambil tempoh antara tiga hingga empat jam.

“Saya minta semua waris faham dan paling awal jenazah mangsa boleh dikeluarkan pada Isnin.

Sebahagian ahli keluarga serta waris mangsa mula meninggalkan perkarangan Jabatan Forensik HTAR selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengadakan perjumpaan susulan kejadian pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie – Foto: NSTP

“Sekiranya selesai (proses pengecaman mayat mangsa), polis dan pihak forensik akan menghubungi waris.

“Lebih baik waris pulang ke hotel atau tempat penginapan terdekat daripada berpanas di sini yang akan menggugat kesihatan,” katanya ketika sesi taklimat kepada waris mangsa di Jabatan Forensik HTAR di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan menyediakan bantuan mengiringi jenazah yang mahu dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Katanya, urusan itu juga akan dibantu oleh polis trafik di peringkat kontinjen sekiranya jenazah mahu dibawa pulang ke Kedah dan Perlis.

Malah, proses pengurusan dan bantuan turut diselarikan bersama pihak kerajaan negeri, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Loading...
Terkini