comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nahas Elmina: Penyiasat AS mula periksa lokasi nahas 

Oleh: Amirulhakim Lokman

SHAH ALAM: Pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) Amerika Syarikat, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan pengeluar pesawat, Beechcraft tiba di lokasi nahas udara Elmina pagi ini, di sini.

Seramai 12 anggota pasukan itu mula memeriksa lokasi nahas dengan menerbangkan dron dan membuat penilaian fizikal bangkai kapal.

@buletintv3

Pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) Amerika Syarikat, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan pengeluar pesawat, Beechcraft mula memeriksa lokasi nahas pesawat di Elmina, Shah Alam dengan menerbangkan dron dan menilai secara fizikal bangkai kapal. #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #nahaspesawat #nahaselmina #pesawatterhempas

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Difahamkan, pasukan penyiasat itu tiba di Malaysia pagi semalam.

Setakat ini, belum ada sebarang maklumat daripada pihak berkuasa Malaysia berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

Artikel berkaitan: Nahas Elmina: Pakar Singapura bantu dapatkan rakaman suara 30 minit terakhir sebelum terhempas

Sementara itu, tempoh siasatan rakaman suara kokpit (CVR) bagi pesawat terbabit dijangka mengambil masa seminggu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini dilapor berkata, CVR telah dihantar ke makmal di Singapura semalam untuk mendapatkan semula data rakaman suara 30 minit terakhir.

Tragedi Khamis lalu meragut 10 nyawa apabila  pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam.

Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu e-hailing yang kebetulan melalui  lokasi nahas.

Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat jam 2.50 petang.

 

Loading...
Terkini