comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas Elmina: MOT tidak ‘menyibuk’ dalam siasatan

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyangkal dakwaan kementerian itu mencampuri siasatan nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Sebaliknya, tegas beliau, ia adalah tugas hakiki Biro Siasatan Keselamatan Udara (BSKU) di bawah kementerian terbabit.

“Ada pertanyaan daripada mereka yang mendakwa sebagai ‘pakar-pakar’ mengapa siasatan tidak dibuat oleh polis dan Kementerian Dalam Negeri sebaliknya Kementerian Pengangkutan.

“Ini bukan soal ‘menyibuk’ (campur tangan) tetapi tanggungjawab ke atas nyawa manusia dan keselamatan penerbangan. Ia juga adalah tugas hakiki di bahu BSKU,” jelas beliau.

“Biro ini melaporkan terus kepada Menteri Pengangkutan, dan ia berada dalam struktur yang ditetapkan malah, CAAM juga tidak terbabit dalam siasatan kerana ia adalah entiti yang menjaga protokol dan standard keselamatan manakala BSKU, bertanggungjawab bila berlaku keselamatan udara,” katanya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berucap ketika merasmikan ‘Malaysia Aviation Safety Seminar 2023 (MASS `23)’ di Kuala Lumpur. – Foto: NSTP

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Seminar Keselamatan Penerbangan di sini, pagi tadi.

Loading...
Terkini