comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas Elmina: Menteri Pengangkutan ziarah keluarga pemandu e-hailing

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan Anthony Loke pagi tadi berkesempatan menziarahi keluarga pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam dua hari lalu.

Pada pertemuan itu beliau turut menyampaikan sedikit bantuan peribadi kepada keluarga Allahyarham.

Mangsa maut sebaik melalui tapak nahas semasa kemalangan berlaku.

Artikel berkaitan: Nahas Elmina: Rakan-rakan Allahyarham Muhamad Hafiz berkonvoi iring jenazah ke Kedah

Wakil syarikat Grab turut hadir bersama dan akan membantu proses tuntutan insurans kepada waris.

Beliau menyifatkan nahas itu terlalu tragis dan menyedihkan.

Artikel berkaitan: Nahas Elmina: Waris Muhamad Hafiz tiba di HTAR

Kerajaan katanya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu dalam aspek kebajikan keluarga mangsa.

Loading...
Terkini