comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nahas Elmina: ‘Memory Puck’ dihantar ke AS, maklumat dalam CVR gagal diekstrak

Kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina Khamis lalu disahkan hangus terbakar.

KUALA LUMPUR: Maklumat dalam kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan di Singapura gagal diekstrak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkara itu diketahui pihaknya pada pagi tadi.

Oleh demikian, kementerian merancang untuk menghantar komponen ‘memory puck’ ke kilang pengeluar pesawat itu di Florida, Amerika Syarikat (AS), petang ini.

“Pada pagi, saya dimaklumkan makmal di Singapura tidak dapat mengeluarkan rakaman suara itu. Terdapat isu teknikal yang menjadi kekangan untuk mengeluarkan rakaman itu.

“Jadi Biro Keselamatan Kemalangan Udara akan pulang semula ke Kuala Lumpur dan memberi penjelasan kepada saya.

“Tindakan susulan kita setakat ini menghantar ‘memory puck’ itu ke Florida untuk ia cuba dianalisis,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Seminar Keselamatan Penerbangan anjuran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), di sini hari ini.

Semalam Anthony berkata, penyiasat berdepan kesukaran mendapatkan data daripada kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina Khamis lalu, selepas disahkan hangus terbakar.

Loading...
Terkini