KUALA LUMPUR: Laporan awal nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu, akan dikeluarkan, esok.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, laporan itu akan dimuat naik di laman web Kementerian Pengangkutan, jam 10 pagi esok.
“Semua fakta akan ada dalam laporan itu,” katanya yang enggan mendedahkan lebih lanjut.
Loke berkata, laporan itu akan dikeluarkan sebelum Hari Malaysia.
Laporan nahas itu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas insiden terbabit.
Tragedi pada 17 Ogos lalu itu meragut 10 nyawa.