Oleh: Fazli Ahmad
BENTONG: Jenazah Allahyarham Idris Abdol Talib, mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Barak, Benus, di sini hari ini.
Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Tengku Sulaiman, Ketari di kampung kelahiran allahyarham untuk disolatkan.
Proses pengebumian bermula kira-kira jam 2:30 petang dan selesai sejam kemudian.
Allahyarham Idris meninggalkan seorang balu dan tiga cahaya mata berusia antara 54 hari dan 14 tahun.
Allahyarham Idris adalah pegawai Pejabat Agama Raub dan bertugas sebagai pegawai khas Exco Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun antara 10 mangsa terkorban dalam nahas terbabit.