Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
KLANG: Jenazah penghantar makanan yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh diserahkan kepada keluarga hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata ia mayat pertama yang dibawa keluar dari Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Van membawa keluar jenazah penghantar makanan Muhamad Hafiz Muhamad Salleh di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi tadi.#BuletinTV3 #PesawatTerhempas #ShahAlam #Elmina pic.twitter.com/UhuGmp4uSo
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 19, 2023
“Mayat pagi ini dikenal pasti adalah Muhamad Hafiz Muhammad Salleh penunggang P-Hailing jadi jenazah akan diserahkan kepada waris iaitu bapa arwah”
Jenazah disolatkan di Masjid Ar-Rahimiah Klang sebelum dibawa pulang ke Kedah.#NahasPesawat@BuletinTV3 pic.twitter.com/fRI971665y
— Hamdi Fahmi (@hamdiNewsMPB) August 19, 2023
Katanya pada sidang media di Jabatan Forensik HTAR
Tambahnya pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menguruskan jenazah berkenaan di Masjid Ar-Rahimiah, Klang.
Jenazah kemudiannya akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Alhuda Kampung Jerung, Sungai Petani. Kedah.