comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas Elmina: Jenazah Allahyarham Johari Harun dikebumikan di Raudhatul Sakinah

 

GOMBAK: Jenazah ADUN Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Khamis lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, di sini, hari ini.

Foto NSTP

Terdahulu, jenazah Johari dibawa menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan tiba di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang untuk dimandi dan disembahyangkan, jam 9.45 pagi tadi.

Jenazah seterusnya dibawa ke Masjid Saidina Hamzah untuk solat jenazah kedua.

Foto NSTP

Van jenazah membawa Allahyarham tiba di tanah perkuburan berkenaan bersama juru iring Polis Diraja Malaysia jam 11.52 pagi.

Upacara pengebumian yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan Allahyarham selesai jam 12.05 tengah hari tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Panglima 4 Div Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Anuar Abdul Wahab.

Loading...
Terkini