Tumpuan :
Nasional

Nahas Elmina: Bekas isteri pembantu juruterbang kongsi mesej tidak berbalas

Foto: girle390/Instagram

KUALA LUMPUR : Bekas isteri kepada pembantu juruterbang pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam, berkongsi tangkap layar mesej di WhatsApp yang tidak berbalas.

Wanita yang dikenali sebagai Christine Yong menghantar pautan kejadian itu dan bertanyakan keadaan bekas suaminya, Heikal Aras Abdul Azim kira-kira pukul 4.12 petang mengenai kejadian yang berlaku di Elmina.

Artikel berkaitan: Pemandu e-hailing ‘reject’ penumpang sejam sebelum nahas

“You okay? (Awak okay?),” soalnya.

Bagaimanapun, mesej tersebut tidak dibaca oleh Allahyarham.

Foto: girle390/Instagram

Christine turut berkongsi video memaparkan tangkap layar tersebut bersama beberapa keping gambar kenangan mereka sekeluarga.

Difahamkan, Allahyarham merupakan seorang bapa tunggal dan telah bercerai selama empat tahun.

Christine turut berterima kasih atas ucapan takziah dan kata-kata semangat yang diberikan buat dirinya dan keluarga.

“Terima kasih atas kata-kata dan doa yang baik. Tolong hentikan sebarang spekulasi kerana perkara ini memberi kesan kepada keluarga dan anak-anak yang sedang melalui saat sukar.

Foto: girle390/Instagram

“Saya akan berkongsi sebarang berita mengenai arwah, buat masa ini mohon semua faham ruang yang kami perlukan terutamanya anak-anak.

“Dia (Heikal Aras) terbang lebih tinggi sekarang, berehatlah Heikal,” katanya.

Semalam sebuah pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang membawa lapan penumpang termasuk dua kru terhempas di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu semua yang berada dalam pesawat tersebut terkorban manakala dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu e-hailing meninggal dunia.

Loading...
Terkini