comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas dua kenderaan, remaja maut, 10 cedera

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta Perodua Axia. FOTO: Ihsan JBPM

TATAU: Seorang remaja maut manakala 10 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Sungai Alit di Jalan Sibu-Bintulu, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa, Chiang Jie Yie berusia 19 tahun yang menaiki kereta Perodua Axia disahkan maut di lokasi kejadian.

“Seramai tujuh mangsa dikeluarkan oleh orang awam manakala tiga yang terperangkap di dalam kereta dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Kesemua mangsa diserahkan kepada paramedik untuk rawatan selanjutnya,” katanya malam tadi.

Mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini