comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nahas BK160 Gabriel: Pesawat tiada kotak hitam dan sistem navigasi

 

KLANG: Pesawat ringan model BK160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor semalam tidak memiliki kotak perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) serta kelengkapan sistem kedudukan global (GPS).

 

Menurut salah seorang petugas sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan berkenaan, situasi tersebut menyulitkan proses siasatan yang dijangka mengambil masa selama setahun.

“Ia membuatkan siasatan tidak ubah seperti teka-teki dengan cantuman terhadap semua serpihan akan dilakukan bagi proses siasatan itu.

Justeru semua serpihan pesawat itu akan dibawa ke sebuah hangar berhampiran Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. InsyaAllah sebelum maghrib,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Ujarnya, siasatan selepas ini akan menjurus kepadanya selain pada enjin pesawat.

“Setakat ini, sukar untuk mengenalpasti punca awal pesawat itu terhempas namun kita akan lihat pada sayap termasuk hentakan yang berlaku selain enjin pesawat.

Loading...
Terkini