Tumpuan :
Nasional

Nahas babitkan 2 motosikal – ibu maut, anak cedera

Kemalangan di persimpangan blok 20 FELDA Palong Lima membabitkan dua motosikal. FOTO: Ihsan Polis

JEMPOL: Seorang ibu maut manakala anak lelakinya berusia 4 tahun cedera selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan di persimpangan blok 20, FELDA Palong Lima di sini kira- kira jam 6.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 43 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo dalam perjalanan dari Jalan Besar FELDA Palong Lima menghala ke rumahnya.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian dan ketika mangsa ingin membelok ke simpang kanan datang sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggang remaja lelaki berusia 13 tahun dari arah belakang memotong motosikal di tunggang mangsa sebelum berlaku perlanggaran.

“Akibat kemalangan itu mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dihantar ke Klinik Kesihatan FELDA Palong Empat,Lima dan Enam namun disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam.

“Anak mangsa pula mengalami kecederaan di bahagian bahu manakala remaja berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala serta muka di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah,” katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis meminta saksi kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Yasmin Beevee Mohamed Ali ditalian 012-9434222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini