Tumpuan :
Nasional

Nahas 7 maut: PUSPAKOM sudah serah laporan kepada MIROS untuk tindakan susulan

Nahas lima kenderaan di Kilometer 204, arah utara Lebuh Raya Utara Selatan dekat Alor Gajah pada 24 Disember lalu. Gambar Ihsan IPD Alor Gajah.

SHAH ALAM: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) memuktamadkan laporan siasatan berkaitan isu kenderaan yang terbabit dalam kejadian tayar tertanggal sehingga mengorbankan tujuh nyawa di Melaka, bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, berkata pihaknya sudah menyerahkan hasil pemeriksaan itu kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) hari ini untuk tindakan susulan.

“Laporan hanya merangkumi pemeriksaan kenderaan itu dan tayar yang tertanggal itu tidak dapat diperiksa kerana PUSPAKOM tidak jumpa dan menerima tayar terbabit.

“Laporan yang PUSPAKOM hantar kepada MIROS itu mengikut siasatan kami, punca berlaku kejadian tayar tertanggal daripada gandarnya.

“Gandar itu ada masalah, kami musykil sebab usianya baru setahun. Kita berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan seterusnya,” katanya dalam sidang media di PUSPAKOM Shah Alam Seksyen 28 di sini, petang tadi.

Mengulas lanjut katanya, PUSPAKOM terus komited untuk meningkatkan integriti dalam sistem pemeriksaan kenderaan di Malaysia demi keselamatan semua di atas jalan raya.

“PUSPAKOM akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan usaha-usaha pemantauan dan penguatkuasaan ini dapat diteruskan dengan lebih berkesan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar nahas lima kenderaan yang mengorbankan tujuh nyawa di Melaka, bulan lalu.

Beliau juga mengarahkan JPJ menerusi Bahagian Penguatkuasaan juga mengambil tindakan susulan sewajarnya terhadap syarikat lori serta bas yang terbabit dalam kemalangan itu.

Dalam perkembangan lain katanya, kira-kira 8 peratus kenderaan berat gagal pemeriksaan di Puspakom setiap tahun daripada purata 2.8 juta pemeriksaan dilakukan.

“Kira-kira purata 220,000 kenderaan (8 peratus) kenderaan berat gagal pemeriksaan setiap tahun. Brek merupakan antara masalah besar dan utama, manakala kedua ialah keadaan tayar serta ketiga adalah sistem kenderaan itu sendiri.

“Bagi keadaan tayar ia tidak semestinya tayar celup sebab apabila kenderaan itu digunakan berkali-kali, tayar itu akan mempunyai masalah yang sendiri,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini