Oleh: Fatin Hanani Sahimi
BANGI: Van jenazah yang membawa lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Ayer Keroh semalam, tiba di Surau Al-Ikhlas Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.
Empat van jenazah itu tiba di perkarangan surau berkenaan jam 5.45 petang tadi.
Lebih 300 waris dan kenalan turut hadir memberi penghormatan terakhir.
Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Van jenazah yang membawa lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Ayer Keroh semalam, tiba di Surau Al-Ikhlas Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. pic.twitter.com/mQDfhMcslJ
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) December 24, 2024
Jenazah kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di sini.
Sebelum ini,mangsa Khairul Ikhwan Mazupi, Fadzlenna Ramli, 32, Ramli Ab Wahab, 66, Fauziah Jaafar, 69 dan Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, dilaporkan maut dalam kemalangan di Kilometer 204, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Melaka semalam.
Dua lagi anak Allahyarham Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan dan adiknya, Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan berusia tujuh dan empat tahun kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Melaka.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.