comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas 7 kenderaan: Anggota PGU antara 3 mangsa maut

 

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

 

BENTONG: Seorang anggota Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman merupakan salah seorang daripada 3 mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut yang membabitkan 7 kenderaan awal pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Sarjan Mohd Ridzuan Zulkafly, 40, dihantar ke Pangkalan Udara Subang menggunakan helikopter Polis kira-kira jam 4.15 petang tadi.

Jenazah kemudian akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Guar Perahu, Pulau Pinang bagi urusan pengebumian

Menurut abang saudara arwah, Fauzi Abd Bab, jenazah dijangka akan dikebumikan esok bersebelahan kubur ibunya di Pulau Pinang.

Allahyarham bersama keluarganya dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke ibu negara seusai menghadiri kenduri rakannya sebelum terlibat dengan kemalangan terbabit.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sebelum dibawa pulang menaiki helikopter.

Tinjauan mendapati kira-kira 50 orang anggota dan pegawai Polis bersama-sama mengiringi perjalanan terakhir arwah di Bentong.

Arwah meninggalkan seorang balu berusia 40 tahun serta dua orang anak berusia 14 dan 11 tahun masing-masing.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini