comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nahas 5 lori dan sebuah bas, seorang wanita maut, 3 cedera 

 

KAMUNTING: Seorang wanita maut, tiga lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan cedera dalam nahas membabitkan enam kenderaan.

Nahas kemalangan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi, di kilometer 200.4 arah selatan Lebuh Raya Utara Selatan dari Bukit Merah ke Taiping.

Kemalangan melibatkan lima lori termasuk sebuah lori kargo, serta sebuah bas.

Mangsa Siti Roshasnizan Idris, 41 tahun cedera parah dan disahkan maut di tempat kejadian.

Manakala suaminya, Abdul Rahman Abdul Razak, 45 tahun dan anak perempuannya cedera.

Tiga beranak itu dipercayai menaiki lori yang membawa muatan kelapa sawit.

Turut cedera seorang lagi mangsa, Teh Chin Beng, 70 tahun.

Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Taiping manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Parit Buntar.

Sementara itu, enam penumpang bas dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan menyambung perjalanan dengan menaiki bas lain.

Loading...
Terkini