comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas 4 kenderaan, dua maut 

BEAUFORT: Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 41, Jalan Beaufort-Menumbok di kawasan persimpangan Jalan Kilugus Tangulian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata mangsa maut ialah penumpang kereta wanita berusia 73 tahun dan penunggang motosikal, lelaki berusia 23 tahun.

Katanya kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu lori, kereta dan dua motosikal.

Dalam nahas yang berlaku jam 3.27 petang itu, lori dan kereta bersama tiga penumpang dalam perjalanan ke arah Beaufort menuju ke Menumbok, manakala dua motosikal dari arah bertentangan.

“Ketika tiba di persimpangan Jalan Kilugus Tangulian, lori itu tiba-tiba perlahan dan cuba masuk ke simpang di sebelah kanan jalan.

“Sebuah kereta yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori sebelum terbalik dan melanggar dua motosikal yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Menurutnya, tujuh mangsa kemalangan yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Penyu untuk menerima rawatan lanjut.

“Penunggang motosikal lelaki dan penumpang kereta wanita warga emas disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Penyu.

“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini