Tumpuan :
Nasional

MyKad generasi baharu mampu bendung isu pemalsuan kad pengenalan

Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias.

MARANG: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) komited membendung isu pemalsuan dan penyalahgunaan MyKad dengan memperkenalkan MyKad generasi baharu yang dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih.

Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias berkata, sebaik kad baharu diperkenalkan, penggunaan MyKad lama akan dibatalkan dan semua pemegang perlu menukar kepada versi terkini.

“Kegiatan memalsukan kad pengenalan ini dilakukan secara bersindiket. Setiap hari ada tangkapan, sama ada pemalsuan atau penggunaan kad orang lain, tetapi jumlahnya tidak besar dan masih berterusan,” katanya pada sidang media Program Kampung Angkat Madani (KAM) di Kampung Padang Tanjung, hari ini.

Beliau berkata, sejak 2021, JPN telah melaksanakan 2,624 operasi di seluruh negara dengan 1,039 tangkapan berjaya dilakukan.

Katanya, terdapat empat kategori kad pengenalan yang dikeluarkan jabatan berkenaan iaitu MyKad bagi warganegara, pemastautin tetap bukan warganegara (MyPR), pemastautin sementara bukan warganegara (MyKAS) dan kad pengenalan Angkatan Tentera Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini