comscore
Tumpuan :
Nasional

Musang King Gua Musang sangat berkualiti

GUA MUSANG: Kesesuaian tanah di daerah Gua Musang ini membolehkan tanaman durian Musang King diperluaskan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Pelabur Pertanian Gua Musang, Tan Hu Hoi, berkata, hasil yang dituai untuk penanaman raja buah itu sangat berkualiti.

Katanya, biarpun ramai mendakwa tanaman ini berasal dari Raub, Pahang namun sebenarnya ia berasal dari Gua Musang.

Malah menurut Hoi, rasa Musang King yang ditanam di Gua Musang lebih sedap dan memenuhi citarasa penggemarnya berbanding di kawasan lain.

Bagaimanapun, ia tidak dikomersialkan secara meluas di Gua Musang menyebabkan Musang King kurang diminati dari segi penanaman terutamanya di kalangan pekebun Melayu.

“Menurut fakta tanah di Gua Musang ini ia tempat paling sesuai untuk tanam durian kerana ia berasal dari bukit bukau dan di sini keadaan ialah banyak lagi hutan. Jadi tanah ini lebih sesuai lah daripada alam semula jadi untuk tanam durian Musang King,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Pertandingan Durian Musang King Gua Musang di Dewan Tokong Kampung Pulai, di sini.

Kata Hoi, setakat ini pihaknya berjaya mengumpul lebih 1,000 pekebun durian yang berdaftar di bawah persatuan itu.

Ia terdiri daripada individu dan syarikat yang mengusahakan tanah seluas lebih 4,000 hektar bagi penanaman durian Musang King di daerah ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini