comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Murid dibenar pakai uniform dua hari, baju sukan dua hari – Fadhlina Sidek

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

PUTRAJAYA: Kelonggaran pemakaian baju sukan ke sekolah diteruskan untuk sesi persekolahan 2024/2025, bermula Mac ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan dibuat bagi meringankan beban ibu bapa, selain memudahkan mereka membuat persiapan persekolahan lebih awal.

Dalam masa sama perkara itu diputuskan berdasarkan sesi libat urus bersama pihak berkaitan termasuk warga pendidik dan ibu bapa.

Foto hiasan

“Kementerian memutuskan bagi sesi 2024/2025 bermula Mac ini, selepas sesi libat urus dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk pemegang taruh, maka pakaian seragam di sekolah sesi 2024/2025 diteruskan seperti berikut.

“Dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum,”

Fadhlina berkata demikian selepas berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM di Putrajaya.

Surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai perkara itu itu akan dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri sebelum diedar ke semua sekolah dalam masa terdekat.

Pihak sekolah turut diberi kebebasan untuk menetapkan hari bagi pakaian seragam sekolah, pakaian sukan dan pakaian kokurikulum.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini