Tumpuan :
Nasional

Murid cedera dilanggar di hadapan sekolah

PUTRAJAYA: Murid berusia lapan tahun yang dilanggar kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 11 (1), petang tadi mengalami retak di belakang kepala, luka di tubuh badan dan kecederaan lain yang sedang dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku pada 4.45 petang ketika kanak-kanak lelaki itu berjalan dari laluan pejalan kaki di sebelah Blok C Apartmen Zon 6B, melintasi Jalan P11J/1 di hadapan sekolah.

“Mangsa dilanggar kereta dipandu wanita di laluan utama dan dibawa ke Hospital Putrajaya. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, orang awam yang berada di lokasi kejadian bertindak mengeluarkan mangsa dari bawah kereta dengan menterbalikkan kenderaan itu sebelum pasukan bomba tiba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Ismail Mustafa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi dengan kekuatan sembilan anggota sebaik menerima panggilan kejadian pada 4.55 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini