comscore
Tumpuan :
Nasional

Munirah maut kerana luka tikaman hingga ke hati, pembuluh darah

Munirah Abu Bakar maut ditikam suami.

ARAU: Hasil bedah siasat mendapati kematian jururawat yang ditikam suaminya di rumah mereka di Padang Nyu, Arau, Sabtu lalu disebabkan luka tikaman hingga ke hati serta bahagian dalaman pembuluh darah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Mohd Rodi berkata, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam.

Katanya, mangsa, Munirah Abu Bakar, 31, maut akibat mengalami luka tikaman hingga ke hati serta dalaman pembuluh darah (vena kava) atau ‘stab wounds to the liver and inferior vena cava’.

“Namun, setakat ini, kita belum memperoleh laporan keseluruhan proses bedah siasatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Mohsin berkata, pihaknya menolak kemungkinan melakukan analisis psikiatri terhadap suspek yang juga suami mangsa.

Ini kerana, katanya, tiada keperluan untuk membuat penilaian psikiatri terhadap suspek.

“Kita juga mendapati suspek positif dadah methamphetamine ketika kejadian berlaku.

“Pengaruh dadah bukanlah dikatakan penyebab kepada kejadian, namun ketika saringan ujian air kencing suspek dilakukan, kita mendapati ia positif dadah methamphetamine,” katanya.

Suspek kini direman sehingga 7 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Media sebelum ini melaporkan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar maut ditikam suaminya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini