![](https://media.buletintv3.my/2022/10/laporan-petugas-khas-tommy-thomas-1024x538.jpg)
KUALA LUMPUR: Siasatan Pasukan Petugas Khas terhadap dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan Tan Sri Tommy Thomas, mengesyorkan supaya bekas Peguam Negara itu disiasat atas kemungkinan pelbagai kesalahan telah dilakukannya.
Ia antara tiga syor pasukan berkenaan dalam laporan siasatannya yang kini boleh diakses secara terbuka melalui laman sesawang rasmi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pasukan khas itu turut mencadangkan empat langkah yang perlu diambil kerajaan bagi menangkis persepsi umum terhadap campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman atau kekurangan kebebasan kehakiman.
Langkah berkenaan termasuk pindaan ke atas Seksyen 5(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 bagi membolehkan pelantikan empat individu yang dihormati dalam JAC, dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Hakim Negara – BERITA HARIAN.
Berita lanjut menyusul