comscore
Tumpuan :
Nasional

Mui kini kritikal dan ditidurkan

LANGKAWI: Seorang peserta wanita kejohanan triathlon, Ironman Langkawi Malaysia yang diselamatkan dalam kejadian hampir lemas pagi tadi, berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini.

Berdasarkan catatan Facebook oleh, Nafisah Hani, mangsa dikenali sebagai Muhaini Mahmud yang berasal dari Kuala Lumpur merupakan ibu saudaranya.

Menerusi catatan itu, Nafisah merayu rakan-rakan mendoakan Muhaini yang kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSM.

Turut memuat naik status mengenai keadaan Muhaini, sahabatnya Nurulhidayah Ahmad Zahid atau lebih dikenali sebagai Kak Long.

Beliau memberitahu Muhaini kini telah ditidurkan dan memohon agar orang ramai mendoakan keadaan sahabatnya yang dipanggil Mui itu.

Awal hari ini, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, tiga peserta Ironman Langkawi – dua lelaki dan seorang wanita berdepan kesulitan kesihatan ketika mengambil bahagian dalam disiplin renang di Pantai Kok.

Beliau dilaporkan berkata, seorang peserta wanita dikejarkan ke HSM, manakala masing-masing seorang peserta dan penonton lelaki yang keletihan dan cedera ringan menerima rawatan di lokasi kejohanan.

Loading...
Terkini