Tumpuan :
Nasional

Mui disahkan meninggal dunia

LANGKAWI: Peserta wanita kejohanan triathlon, Ironman Langkawi Malaysia yang sebelum ini kritikal di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini, Muhaini Mahmud 44, disahkan meninggal dunia.

Ini berdasarkan catatan Facebook oleh, rakan karibnya Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid.

Menerusi catatan itu, Nurul Hidayah berkata beliau kehilangan seorang sahabat yang tidak pernah melupakan tarikh hari jadinya setiap tahun.

Kebetulan pemergian Allahyarham,  dua minggu sebelum hari jadinya

”Allah lebih sayang kan u Mui,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang peserta wanita dikejarkan ke HSM kerana disyaki mengalami keletihan semasa melakukan disiplin renang dalam satu kejohanan triatlon yang berlangsung.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, wanita berusia 44 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu dibawa ke hospital menaiki ambulans.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini