comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Muhyiddin ubah pendirian, pertahan jawatan Presiden satu penggal lagi 

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

SHAH ALAM:  Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semalam mengumumkan enggan mempertahan jawatan Presiden BERSATU  pada pemilihan parti itu tahun depan, mengubah pendiriannya, hari ini.

Muhyiddin memberitahu akan memikul tanggungjawab itu bagi tempoh satu penggal lagi, setelah  dipujuk isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

“Sebenarnya, kuasa yang paling besar bukan perhimpunan agung, kuasa besar ialah isteri saya,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU di sini, hari ini.

“Dia kata, kekal satu penggal lagi, jangan kecewakan mereka, mereka perlukan awak, mereka ikhlas, saya restu kerana BERSATU masih belum kuat,” katanya lagi.

Tambahnya, atas hasrat pimpinan parti itu juga, beliau membuat keputusan menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden pada tahun depan.

Semalam, Muhyiddin  sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU di sini, mengumumkan masanya telah tiba untuk beliau mewariskan kepimpinan parti kepada pemimpin seterusnya.

 

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini