comscore
Tumpuan :
Nasional

Muhyiddin digesa tunjuk teladan baik, segera arah menantu pulang bantu siasatan – Puad

Muhyiddin Yasin & Mohd Puad Zarkashi

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin digesa menunjukkan teladan baik dengan mengarahkan menantunya pulang untuk membantu siasatan kes rasuah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi berkata, Muhyiddin tidak perlu memberi alasan dan takut jika yakin menantunya Muhammad Adlan Berhan yang berada di luar negara sejak Mei lalu tidak bersalah.

“Sepatutnya Muhyiddin dengan slogan PN Best tunjuk teladan baik. Dia masih mahu jadi PM? Suruhlah menantu balik, takut apa kalau tak bersalah.

Minggu lalu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan Adlan bersama peguam Mansoor Saat kini dalam senarai Notis Merah Interpol untuk mendapat kerjasama antarabangsa bagi membawa pulang kedua-duanya.

Adlan dan peguam Mansoor Saat dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan sebuah projek membabitkan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Tetapi, Adlan dan Mansoor kemudiannya mengeluarkan kenyataan melalui peguam menafikan mereka melarikan diri daripada undang-undang.

Adlan melalui peguamnya Baljit Singh Sindhu berkata, beliau akan kembali ke Malaysia untuk membantu SPRM dengan sebarang siasatan selagi “unsur ancaman dan penganiayaan dihapuskan”. -FMT

Loading...
Terkini