comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] MUAH bukan sekadar projek – Naim

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Vokalis utama kumpulan ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana karyanya pernah meraih gelaran Anugerah Juara Lagu.

Naim Daniel bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan, malah sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan bermula sebagai seorang pelakon kanak-kanak hinggalah bergelar penyanyi dan pencipta lagu berbakat.

Naim kini muncul dengan kumpulan kugirannya sendiri yang bergelar MUAH!

Menampilkan irama pop rock sebagai genre utama dalam penciptaan lagu mereka, kumpulan ini menampilkan Naim Daniel sebagai vokalis dan pemain gitar utama berserta, Zenith (gitar), Tasneem (Bass), Mairil (Drum), dan Ayai (Keyboard).

Katanya, penubuhan kumpulan ini bukan sekadar projek tetapi antara usaha untuk melebarkan lagi sayapnya dalam industri seni tanah air.

Sebagai buah tangan pertama kumpulan MUAH! tampil dengan lagu baharu pertama mereka yang bertajuk BBF.

Naim berkata BBF adalah lagu bertemakan masalah dalam perhubungan tentang seorang lelaki yang mempunyai kekasih namun pada masa yang sama kekasihnya itu mempunyai kawan
lelaki lain yang cuba untuk menawan hatinya.

“Lirik lagu ni kami tulis dengan sangat mudah dan penggunaan bahasa dalam lagu ni pun boleh dikatakan menggunakan bahasa pasar supaya apabila pendengar mendengar lagu ni, mereka akan lebih mudah memahami serta merasa dekat dengan
kehidupan mereka.

“Kami juga saling bertukar idea untuk memastikan hasil lagu ini menjadi lebih baik,”katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Saat ditanya mengenai harapan mereka terhadap lagu ini MUAH! hanya mengharapankan lagu BBF mendapat penerimaan dan sambutan yang baik dari para pendengar.

“Kami juga berharap lagu ni dapat menembusi pasaran industri muzik kita dan juga
luar negara,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini