Tumpuan :
Nasional

MRSM didakwa terbabit pedofillia: 14 individu sudah diambil keterangan

Datuk Muhamad Zaki ditemui pada majlis Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini, semalam. FOTO: NSTP

GUA MUSANG: Polis sudah memanggil 14 individu bagi mengambil keterangan berhubung kes membabitkan seorang guru yang didakwa melakukan pedofilia di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Tumpat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sudah mengenal pasti penulis terbabit dan kini sedang menunggu laporan perubatan ke atas mangsa.

“Kita sudah ambil kenyataan 14 orang termasuk pelajar. Mana-mana yang kita rasa boleh memberikan kenyataan, memberikan sesuatu kepada kita untuk meneruskan siasatan.

“Kita juga sudah mengenal pasti penulis itu dan masih menunggu laporan perubatannya kerana dia pernah belajar di situ dan mungkin ada sebab lain menyebabkan penulisan itu dibuat.

“Apa pun kita akan pastikan untuk mendapatkan pandangan daripada doktor dan kita akan hantar kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya untuk mendapat nasihat dan akan teruskan siasatan,” katanya selepas Sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini, semalam.

Pada 30 Mac lalu, media melaporkan Polis Kelantan memulakan siasatan terhadap kes yang membabitkan seorang guru yang didakwa melakukan pedofilia di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Tumpat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini