Tumpuan :
Nasional

MRSM boleh digunakan jika PPS penuh

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, di sini, hari ini. FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) boleh digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan sekiranya tempat perlindungan sedia ada sudah penuh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini PPS sedia ada di Kelantan adalah sebanyak 550.

FOTO: NSTP

“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana putuskan bagi kawasan yang PPS yang sudah penuh, kebenaran khas diberikan untuk membuka PPS baru di MRSM.

“Ia termasuk MRSM di Tumpat. Setakat ini, di Kalantan PPS yang berdaftar adalah sebanyak 550 PPS,” katanya pada sidang media selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, di sini, hari ini.

Sehingga jam 3 petang tadi, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 64,937 membabitkan 20,207 keluarga dipindahkan ke 237 PPS.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 22,225 orang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini