comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Mrs Syaz : DJ Pencen terima pelbagai kisah

Oleh Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah berhenti daripada menjadi penyampai radio, namun pempengaruh yang dikenali sebagai Mrs Syaz atau Nama sebenarnya Syazwani Mohamd Shakeri masih meneruskan minatnya itu.

Bukan sekadar berceloteh dan memutarkan lagu, luahan dan kisah menarik yang disampaikan dengan gaya tersendiri membuatkan kandungan digitalnya itu lebih menarik.

Bijak bermain dengan emosi, penggunaan nada yang santai juga membuat ramai tertarik untuk mendengar cerita yang dikongsi Syazwani kepada pengikut setianya

” Saya memang gemar membaca, pada awalnya saya hanya baca kisah kisah yang ditulis di laman Facebook atau blog. Namun lama kelamaan ramai pula yang sudi kongsi kisah mereka kepada saya.

” Sejak itu saya menerima banyak kisah yang dihantar melalui email.”katanya ketika ditemui di Sri Pentas, hari ini.

Lebih mengujakan apabila laman tiktoknya itu kini menjadi tempat golongan ‘remaja purba’ berkumpul untuk berkongsi cerita dan mendengar lagu yang menjadi fenomena sekitar 80an hingga tahun 2000.

” Kebanyakan cerita dan perkongsian yang diterima adalah berdasarkan kisah benar namun dirahsiakan identiti pengirimnya.

“Antaranya kisah konflik rumah tangga, seram dan juga kisah-kisah lucu,”katanya.

Selain itu, ibu kepada empat cahaya mata yang mesra dengan panggilan Syaz ini juga pandai ‘meracun’ pengikutnya untuk membeli barangan yang dipakainya sendiri.

Menurut wanita berasal dari Kota Bharu Kelantan ini, pada awalnya dia hanya suka-suka membuat konten seperti penyampai radio namun tidak menyangka, kandungan videonya itu tular dan mendapat tontonan ramai.

“Bemula dengan kurang 10 tontonan kini saya mampu menarik minat lebih 2,000 penonton dan pendengar.

“Walaupun aktif di media sosial tetapi saya tidak akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Oleh itu, saya juga perlu bijak membahagikan masa dengan keluarga,” katanya yang hanya akan membuat siaran langsung di tiktok pada jam 10 malam dan ke atas sahaja.

Menurutnya lagi, dia akan meneruskan minatnya itu dan berharap segala perkongsian bukan sahaja memberi hiburan kepada pengikutnya malah mereka perlu mengambil pedoman dari kisah-kisah yang dibaca.

Loading...
Terkini