comscore
Tumpuan :
Nasional

MPV rempuh lori, seorang maut

ARAU: Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) merempuh sebuah lori di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis berhampiran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Pauh Putra, di sini, hari ini.

Kejadian lewat petang itu berlaku apabila Toyota Avanza yang sedang dalam perjalanan ke sini dipercayai hilang kawalan, sebelum terbabas dan melanggar belakang lori dipercayai menuju ke destinasi sama.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.03 petang sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau dikejarkan ke lokasi.

Anggota bomba bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam Toyota Avanza yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis berhampiran UniMAP Kampus Pauh Putra, Arau. – Foto: NSTP/IHSAN JBPM PERLIS

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah kenderaan pelbagai guna dan sebuah lori satu tan dimana seorang mangsa lelaki tersepit di tempat duduk pemandu kenderaan MPV itu.

“Pemandu lori pula hanya mengalami kecederaan ringan. Kita melakukan operasi mengeluarkan pemandu kenderaan MPV itu dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap berkenaan berkata mangsa yang maut disyaki akibat parah di badan dan kepala itu dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Nor, 26, berasal dari Kangar.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat. Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini