comscore
Tumpuan :
Nasional

MPV penyamun rumah Khuzaimi guna plat palsu – polis

Gambar MPV dipercayai digunakan suspek yang memecah masuk rumah Khuzaimi tular di media sosial.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan suspek pecah rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee menggunakan kenderaan Toyota Estima seperti dalam beberapa rakaman video yang tular, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dihubungi berkata, pihaknya mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Menurutnya, pihak polis masih menjalankan lanjut dan sedang mengesan kesemua suspek terbabit.

“Siasatan masih berjalan dan keterangan tujuh individu sudah diambil setakat ini,” katanya.

Terdahulu, sekurang-kurangnya empat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai di sekitar rumah Khuzaimi tular di media sosial menunjukkan Toyota Estima didakwa digunakan suspek.

Malah, video itu juga memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal dipercayai milik Khuzaimi selepas memecah masuk kediaman pemain terbabit.

Selain itu, terdapat juga rakaman menunjukkan MPV itu masuk dan keluar melalui pondok pengawal keselamatan di kediaman pemain berkenaan.

Minggu lalu, kediaman Khuzaimi dilaporkan dipecah masuk ketika beliau keluar menjalani latihan di Pusat Latihan Selangor di Shah Alam.

Berdasarkan laporan polis yang dikongsi di Instagram, Khuzaimi mendakwa kehilangan motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport antarabangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini