comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] MPT BERSATU tolak keputusan Muhyiddin tak pertahan jawatan 

SHAH ALAM: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU sebulat suara menolak keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden parti itu pada pemilihan yang dijadualkan berlangsung tahun depan.

Sumber berkata, keputusan itu dicapai secara konsensus dalam mesyuarat tergempar, petang tadi.

“Setiap ahli MPT ditanya sama ada mahu menawarkan diri untuk menjadi Presiden BERSATU menggantikan Muhyiddin, namun tiada yang mahu berbuat demikian,” katanya, di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung BERSATU, hari ini, mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang.

Ahli Parlimen Pagoh itu memaklumkan, keputusan berkenaan dibuat bertujuan memberi ruang kepada pemimpin pelapis yang berpengalaman, untuk mengambil alih kepemimpinan mengikut proses demokrasi, selain meneruskan agenda perjuangan parti.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sekali gus mengumumkan akan memperlahankan kerjaya politiknya, selain kekal menganggotai BERSATU.

Susulan pengumuman berkenaan, MPT BERSATU mengadakan mesyuarat tergempar pada petang tadi bagi membincangkan keputusan Muhyiddin itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini