Tumpuan :
Nasional

MPC Opar: Pacu Sarawak jadi antara pengeksport utama makanan menjelang 2030

Oleh: Kadir Edison

LUNDU: Tanah seluas 10 hektar di kawasan Opar, Lundu akan dibangunkan dengan kemudahan rumah hijau yang dilengkapi ladang ternakan.

Projek itu yang merupakan Projek Rintis Kluster makanan Metropolitan Opar menjadi sebahagian daripada inisiatif Sarawak untuk menjadi antara pengeksport utama makanan bersih menjelang 2030.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, fasiliti pertama kluster itu di Sarawak dibangunkan dengan kerjasama kerajaan Belanda menerusi perkongsian telnologi pertanian pintar untuk menghasilkan sayur-sayuran bernilai tinggi pada skala komersil bagi pasaran tempatan dan eksport.

“Mereka boleh jual bahan hasil makanan pekebun kecil dan ia menjadi ‘benchmark’ kerana kita berkehendakkan kualiti dan kita akan pasarkan luar Malaysia termasuk Singapura.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Makanan ini hasilnya mudah rosak dana kalau ia mudah rosak infrastruktur, logistik mestilah canggih untuk kita mengeluarkan hasil makanan itu terus ke pasaran,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Pembangunan Projek Kluster makanan metropolitan Opar di Lundu.

Menurut Abang Johari, Kerajaan Sarawak akan melabur sejumlah RM60 juta bagi membangunkan kemudahan infrastruktur di tapak projek berkenaan termasuk bekalan utiliti.

Manakala pihak swasta pula akan menyumbangkan sebanyak RM20 juta untuk benih, bahan serta teknologi pertanian pintar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini