Tumpuan :
Nasional

MPB-NUJM jalin kerjasama dalam bidang kewartawanan

Oleh: Vinsla Santiran

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad menerima kunjungan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM) di Balai Berita hari ini.

Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima, Jasbant Singh berkata menerusi kunjungan ini, delegasi dari Filipina menzahirkan harapan untuk mewujudkan program kerjasama dengan Media Prima dalam bidang kewartawanan.

“Pada lawatan ini pihak NUJM bersama dengan delegasi luar negara juga menyuarakan hasrat mereka untuk membuat beberapa kolaborasi.

“Kami juga terbuka untuk mempertimbangkan kolaborasi yang dicadangkan khususnya daripada negara Filipina,” katanya selepas lawatan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM) di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden NUJM, Farah Mashita Abdul Patah berkata, perbincangan dengan Media Prima adalah ke arah meningkatkan kerjasama dalam bidang kewartawanan.

“Filipina akan membawa perbincangan yang diadakan hari ini, akan kembali kepada National Press Club di negara itu dan mereka setakat ini positif akan melakukan kerjasama dengan negara kita,” katanya.

Dalam kunjungan ini, 13 peserta bersama 5 delegasi dari Korea Selatan dan Filipina turut diberi taklimat mengenai operasi Media Prima.

Mereka juga teruja berpeluang melawat syarikat media bersepadu terbesar negara.

Turut hadir, Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima, Farrah Naz Abd Karim, Pengarang Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen MPB, Kamaruddin Mape dan Timbalannya Azhari Muhidin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini