Tumpuan :
Nasional

MPAJ Sedia Rujuk JAIS Isu Papan Tanda Harga Kepungan Kubur & Set Nisan

PETALING JAYA – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan merujuk Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) berhubung isu tular mengenai gambar papan tanda yang memaparkan harga tempahan kepungan kubur dan set nisan.

Dalam satu kenyataan, MPAJ memaklumkan papan tanda tersebut telah dipasang oleh Jabatan MPAJ di Tapak Perkuburan MPAJ iaitu di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Teratai dan Cheras Baru.

“Ia adalah sebagai kemudahan kepada waris yang ingin memasang kepungan kubur dan ianya terpulang kepada waris jika ingin memasang kepungan tersebut”

“Bagaimanapun, MPAJ akan merujuk kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut” katanya.

Baru-baru ini tular gambar papan tanda yang memaparkan harga tempahan kepungan kubur dan batu nisan media sosial.

Ia telah mencetuskan perdebatan dan pertikaian orang ramai kerana memaparkan harga yang dianggap tidak masuk akal selain bertentangan dengan agama.

Loading...
Terkini