comscore
Tumpuan :
Nasional

MoU FSJA-PWI KALBAR perkasa kerjasama media 

PONTIANAK: Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Wartawan Indonesia Kalimantan Barat (PWI Kalbar) bagi memupuk hubungan lebih erat dalam kalangan wartawan kedua-dua pihak.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Konsul Jeneral Malaysia di Pontianak, Azizul Zekri Abd Rahim dan Gabenor Kalimantan Barat, Bapak Sutarmidji M.Hum di pejabat Gabenor di sini.

FSJA diwakili oleh Naib Presidennya Jacqueline David manakala PWI Kalbar oleh Presidennya Gusti Yusri.

Menurut Gusti, menerusi MoU itu,  mesyuarat tahunan akan diadakan untuk membincangkan hala tuju bidang kewartawanan antara Media Kalimantan Barat dan Sarawak.

”Kita harapkan ada pertemuan rutin setiap tahun di antara kedua belah pihak yang tempatnya sama ada di Kuching atau Pontianak atau tempat yang akan ditentukan kemudian.

”Dalam pertemuan-pertermuan itu nanti, kita akan membahas dan membincangkan mengenai isu-isu di bidang kewartawanan, sosial, ekonomi, sukan, pendidikan, kebudayaan dan perlancongan”, katanya.

Sementara itu, Presiden FSJA, Andy Jong berkata, MoU berkenaan akan membolehkan FSJA dan PWI Kalbar meningkatkan kesedaran di samping membantu menyebar luas pelbagai potensi  sama ada dari aspek ekonomi, kebudayaan serta pelancongan.

“Di Sarawak, kita akan melihat banyak jualan produk buatan Indonesia. Begitu juga apabila kita datang ke Indonesia, kita akan dapati produk dari Sarawak.

“Ini merupakan salah satu matlamat kami untuk mempromosikan Sarawak dan Pontianak di Kalimantan Barat, Indonesia,” katanya lagi.

Loading...
Terkini