comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Motosikal terbabas, 3 lelaki maut digilis 4 kenderaan

Johor Bahru : Tiga lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabas di kilometer 12, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam berhampiran Pasaraya Kipmall Tampoi, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kejadian berlaku ketika ketiga-tiga mangsa yang tidak memakai topi keledar dalam perjalanan dari bandar Johor Bahru menuju ke Skudai.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mereka  terbabas menyebabkan ketiga-tiga mangsa terjatuh atas jalanraya lalu digilis empat  kenderaan yang tidak sempat mengelak mangsa.

“Dua daripada mangsa meninggal dunia di lokasi, manakala seorang lagi dalam perjalanan ke hospital.

“Ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 30-an, tiada dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Balveer Singh berkata, pemandu empat  kenderaan terbabit tidak mengalami kecederaan.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini