comscore
Tumpuan :
Nasional

Motosikal langgar penghadang jalan, adik maut, abang cedera 

FOTO: Ihsan PDRM

KUALA SELANGOR: Seorang remaja lelaki maut, manakala abangnya cedera selepas motosikal yang ditunggangi melanggar besi penghadang jalan di Kampung Hang Tuah, Jalan Raja Musa, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa yang maut berusia 13 tahun, membonceng Yamaha Y15 ditunggang abangnya, 15.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke Bestari Jaya sebelum motosikal dipercayai hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan.

“Pembonceng parah pada kepala dan disahkan meninggal di lokasi kejadian, manakala abangnya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini