KUANTAN: Taman Eko Rimba (TER) Mossy Forest di Cameron Highlands dibuka semula kepada pelancong selepas ditutup selama 20 hari akibat kejadian tanah runtuh.
Penolong Pengarah Kanan Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Muhamad Rahman Mustafa, memaklumkan bahawa pembukaan semula kawasan itu bermula kelmarin selepas kerja pembersihan tanah runtuh selesai sepenuhnya.
Pelbagai aktiviti rekreasi, termasuk pendakian Gunung Irau, kini kembali dibenarkan.
Pemandu pelancong dan penyedia kenderaan ke lokasi itu juga telah dimaklumkan untuk menerima tempahan daripada pelancong.
Sebelum ini, JPNP telah memperuntukkan RM450,000 untuk menaik taraf fasiliti di TER Mossy Forest bagi meningkatkan pengalaman pengunjung.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.