comscore
Tumpuan :
Nasional

Mohon hakim kurangkan jaminan, banyak tanggungan termasuk kucing

Foto hiasan

SHAH ALAM: “Mohon kurangkan jumlah jaminan sebab ada banyak tanggungan termasuk kucing yang perlu diberi makan.”

Demikian rayuan seorang lelaki selepas mengaku salah atas tuduhan memiliki dadah jenis ganja di hadapan Majistret, Sasha Diana Sabtu, hari ini.

Mengikut pertuduhan, Erwan Abdul Ghani didakwa memiliki dadah seberat anggaran 4.3 gram di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, jam 10 malam, Selasa lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun, denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman, menawarkan jaminan RM8,000 kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam sementara menunggu laporan kimia.

Sasha Diana menetapkan jaminan RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jun ini untuk menjatuhi hukuman terhadap tertuduh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini