Tumpuan :
Nasional

Mohon doakan saya – Jalaluddin Hassan

Jalaluddin memohon peminat agar mendoakan kesejahteraannya serta diberi kesembuhan segera. FOTO: Jalaluddin Hassan

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan berharap ada peminat yang sudi mendoakan agar dia cepat sembuh dan kembali bekerja seperti biasa.

Menurut Jalaluddin 69 tahun, dia kini masih dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini sejak Rabu lalu akibat jangkitan kuman dalam saluran kencing.

“Keadaan saya semakin pulih. Cuma doktor akan terus pantau dan melakukan beberapa prosedur rawatan lanjut. Ini termasuk mengambil sampel darah untuk mengesan jika ada penyakit lain yang timbul susulan jangkitan itu.”

“Selain sakit pada bahagian pinggang dan berasa pedih setiap kali nak kencing, usus saya juga tidak selesa. Keadaan itu agak mengganggu apabila saya hendak buang air besar,” katanya.

Tambahnya, berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan itu, doktor menyarankannya supaya berehat di hospital dan melupakan seketika soal kerja.

“Kalau ikutkan, hari ini juga saya ingin keluar. Tetapi doktor tidak izinkan kerana keadaan saya masih belum stabil. Berjalan pun masih terhoyong-hayang. Saya juga pakai tag merah yang bermaksud tidak dibenarkan untuk discaj,” katanya.

Loading...
Terkini