comscore
Tumpuan :
Nasional

Mohon bantuan kesan Nur Shafila

Foto: PDRM

KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh taska dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi ahli keluarganya sejak 15 Julai lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Nur Shafila Suaib, 20, pada 16 Julai lalu.

“Alamat terakhir wanita berkenaan ialah di Pangsapuri Sri Malaysia, Kampung Sri Malaysia, di sini.

“Wanita itu berbadan sederhana kurus dengan ketinggian 148 sentimeter (sm) dan berat 45 kilogram (kg).

“Nur Shafila yang bekerja sebagai pengasuh taska di Desa Petaling bertudung dan tidak bercermin mata,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Nur Shafila diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Balai Polis Salak Selatan Baru, Sarjan Khalik Abdul Wahab di talian 03-79815053 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini