Tumpuan :
Nasional

Mohd Nazri dilantik sebagai Ketua Pengarah JPDP yang baharu

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) yang baharu, Profesor Dr. Mohd Nazri bin Kama di pejabat beliau, pagi tadi. -Foto: Fahmi Fadzil/Facebook

PUTRAJAYA: Profesor Dr. Mohd Nazri bin Kama dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang baharu berkuat kuasa pada 8 Mei 2023.

Pelantikan itu bagi menggantikan Tuan Mazmalek Mohamad yang bersara wajib pada 2 Januari 2023.

Profesor Dr. Mohd Nazri, 45 tahun merupakan pakar dalam bidang Pengurusan Data, Pembangunan Sistem Komputer dan Analitik Data.

Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Perisian dari University of Western Australia pada tahun 2011, Ijazah Sarjana Kejuruteraan Perisian Masa-Nyata 2003 serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pangkalan Data 1999 dari Universiti Teknologi Malaysia.

Sebelum ini, beliau dilantik sebagai Penasihat Perlindungan Data Peribadi kepada Menteri Komunikasi dan Digital.

Loading...
Terkini