comscore
Tumpuan :
Nasional

Mohammad Nazmie Aizzat dipukul hingga mati kerana dituduh curi duit

Ahli keluarga Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan sedang menunggu di Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu.

Oleh: Safwan Sawi

LAHAD DATU: Hanya kerana dua pelajar masing-masing kehilangan wang RM50 dan RM35, mangsa Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17 tahun dituduh sebagai pencuri dan dipukul hingga mati oleh kesemua 13 suspek.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP) Rohan Shah Ahmad berkata hasil siasastan terkini mendapati kes berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan sekumpulan penghuni asrama KoleJ Vokasional Lahad Datu berkaitan masalah kehilangan wang di asrama terbabit.

“Ianya berlaku berikutan daripada dua orang pelajar yang masing-masing kehilangan wang berjumlah RM50 dan RM35, mangsa dituduh sebagai pencuri dan dipukul sehingga mati oleh kesemua suspek.

“Pihak polis telah menahan seramai 13 orang pelajar lelaki Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah yang berumur antara 16 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam kes ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Menurut Rohan lagi, Mahkamah Majistret Lahad Datu, telah membenarkan tahanan reman selama enam hari mulai hari ini hingga 29 Mac depan.

Katanya polis turut mengambil keterangan ke atas 12 orang saksi bebas yang antaranya empat warden asrama, pengawal keselamatan dan beberapa orang pelajar kolej terbabit.

“Selain daripada itu, ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek didapati kesemuanya bebas daripada penyalahgunaan dadah

“Polis turut merampas lagi 12 buah telefon pintar milik suspek,” katanya.

Rohan berkata polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu, sabah bagi mengenalpasti punca kematian sebenar.

Semalam Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan dilaporkan mati dipukul ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai dan tidak sedarkan diri di sebuah asrama Kolej Vokasional Lahad Datu kira-kira 6.50 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini