comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mohammad Agus dedah identiti Mr H 

KAJANG: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mendedahkan identiti ‘Mr H’ dalam keterangannya kepada polis berkaitan penyebaran video melibatkannya.

Beliau  turut membuat satu lagi laporan polis berhubung penularan laporan dibuatnya sebelum ini.

Mohammad Agus memberi keterangan di IPD Kajang, susulan video perbualan dengan seorang kakitangan J-KOM. – FOTO: NSTP

“Saya sudah berjumpa dengan pegawai penyiasat dan selesai diambil keterangan. Saya juga sudah mendedahkan siapa Mr H untuk siasatan pihak polis.

“Saya juga ada buat laporan polis berkaitan (video) Tik Tok tular pagi ini terhadap Raja Petra berkaitan dengan laporan polis saya sebelum ini terdedah dengan maklumat peribadi yang dikira membahayakan keselamatan diri dan keluarga,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Terdahulu, Mohammad Agus tiba di IPD Kajang  ditemani peguam, Faizal Abd Rahman jam 2 petang tadi dan dilihat keluar dari IPD berkenaan jam 5.25 petang.

 

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini